Resepi Ikan Pari Asam Pedas Johor
Bahan-Bahan:
1/2 kg ikan pari
10-15 biji cili kering (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan (dikisar)
1 batang serai (dititik)
1 btg bunga kantan
sedikit daun kesum
1 sudu lada hitam (ditumbuk )
1 sudu jintan manis (ditumbuk)
1 mangkuk air asam jawa
garam, gula & perasa
minyak untuk menumis
Cara Memasak:
1. Cili kering hendaklah direndam dalam air panas selama 10-15 minit, kemudian dibersihkan dan dikisar.
2. Kemudian kisar pula Bawang merah, bawang putih dan belacan. Panas minyak dan tumis Bawang merah yang dikisar bersama bawang putih dan belacan kacau sehingga bawang kekuningan.
3. Masukkan cili yang telah dikisar. Kacau sebentar masukkan serai, lada hitam dan jintan manis, biarkan sehingga pecah minyak.
4. Setelah pecah minyak bolehlah dimasukkan air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih kemudian boleh la dimasukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing.
6. Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Masak sehingga ikan masak.
Sumber: Mohamad Azmi blogspot.com
Kuih Tradisional Melayu Kuih Karipap |
Sebenarnya dah dekat lebih 5 resepi karipap pusing saya ikuti sejak duduk di jepun, akhirnya satu hari terjumpa di forum cari resepi Dewi, Forum CARI.
Ok ni resepi dari Dewi siap hafal dah. Memang ingat sampai bila2 ni :
Bahan-bahan :
Utk 1 kg tepung gandum menghasilkan kira2 60 biji karipap
Utk doh berminyak :
150 gm (75gm margerin + 75gm crisco)- gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning tu..
300 gm tepung gandum
150 gm (75gm margerin + 75gm crisco)- gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning tu..
300 gm tepung gandum
Utk doh biasa :
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (td buat anggaran dlm 2 cawan lbh sikit)
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (td buat anggaran dlm 2 cawan lbh sikit)
Cara :
Sila lihat step by step.. sbb gambar2 mula2 dulu dah saya tempek caranya kan. Bila peratikan gambar kat forum CARI td barulah saya tau kat mana silap dan kat mana yg kurang. Alhamdulilah saya dah
Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Kat sini baru saya tau, uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lgCEPAT. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. kepada 8 doh bolehlah kongsi dgn kawan2
.Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh
Step 3 : Amik doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
Step 4 : Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu. Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
Step 5 : Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih… biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. Sbnrnya kalau lg panjang lg bagus sbb nanti nampak lg byk jalur.
Step 6 : Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana. Saya potong 4 niSDG eloklah utk anak2 makan

step 7 : Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Part yg ni paling saya suka sbb jalur karipap tu ada banyak. Berbanding yg sblm ini. Klu korang peratikan step 4 dan 5 mmg tak ada dlm gambar danCARA yg sblm ini.
Jd kepada kawan2 selamat mencuba! saya berani jamin tak menyesal bila ikut step by step
Tiada ulasan:
Catat Ulasan