Masakan Melayu


    Bahan-bahan ( 3 org )

    6 ketul ayam di besrsihkan dan di gaul dengan sedikit kunyit dan secubit garam.
    10 biji tomato cherry
    2 biji cili merah di hiris memanjang
    1 biji bawang besar di hiris
    bahan kisar
    3 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 inci halia
    10-15 biji cili padi
    Klik di sini untuk isi bahan
    1 sudu teh lada hitam kisar kasar
    1/2 gelas air asam jawa cair
    1/2 gelas air
    1 senduk kicap manis
    gula dan garam cukup rasa
    minyak untuk goreng ayam
    Cara-cara

    panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga agak garing.
    biarkan lebihan minyak goreng ayam dalam kuali untuk menumis.
    masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan kekuningan
    masukkan air asam jawa dan lada hitam kacau rata dan biarkan mendidih
    masukkan kicap dan air, kacau rata masukkan pula garam dan sedikit gula biarkan mendidih.
    masukkan ayam yang telah di goreng tadi, cili dan bawang hiris sertya tomato. kacau rata-rata hingga sebati. biarkan untuk 5 minit.
    tutup api dan boleh dihidang.

Tiada ulasan: